hanyamenulis

hanyamenulis
hanyamenulis

Sunday 25 December 2011

SEORANG AKU YANG SERBA KEKURANGAN~

25/12/11 @ 9.57PM
duduk dimeja makan ruang tamu
mood : oke-oke aje..yuhuuuu


'no body perfect'...yes 1 word become easily..but not to much people accept any comliment about who you are..!!!!wahhhhh..practise make perfect...hihihi hantam sajalah labu..weeeeeeeeeee


oke2..tak payah nak mengarut sangatla athikah..!!bosan dengan rutin harian yang setiap hari akan sama9jutax...huk3...so malam ni saja nak bercerita tentang aku..saya..i..me..myself dan apa saja yang berbentuk siri sendiri...

lately..terasa diri banyak sangat kekurangan dari kelebihan..segala tindakan mengikut emosi semata..atlast..kekurangan yang cuba disembunyikan..nampak jelas pada mata kasar...huh..!!people change..yeahh..aku cuba..sedaya upaya..tapi lain pulak nilaiannya..

apa saja lah yang aku mengarutkan ni..ngantok kot..plissssss..terima aku seadanya..sebagaimana aku terima engkau apa adanya..

OK BYE...!!!

by heart,
lagenda yg unik

Friday 2 December 2011

yihaaaaaaaaa...tora datang lagiiiiiii

11.04pm
atas katil
mood : rindu
waahhhhh..lama aku tak menjenguk diari hatiku a.k.a diari elektronik a.k.a blog la..(macamla ade followers..ngeh3)..suke suki aku la kan nak membebel sorang2..rindu rasa nak menulis..so malam ni daripada boring tunggu 'ADAM' tak call2..baik aku memulakan tarian jari disini..wahhhhh gituuuuu


okey2 1st of all..kalau nak tau aku dah 25 tahun 19/11/11 ritu..alamakkkkkk dah separuhhh..ala belum 30 lagi..babyface lagi ni..cewahhhhhh...opstttt sebelum terlupa aku dah jadi tunangannnnn oranggggggggggggggggg..yihaaaaaaaaaa..bestnya....tapi...=(..lagi byk tanggungjawab lepas ni..adoiiiiii masakkk???huh...!!!kedai mamak kan ade..kuar ikut pintu dapur then dapt la ayam tanduriiiiii..hohoho


okey..nak selit sikit untuk memori semalam...5 hari kot tak jumpa...adehhhhh..rinduuuuuuuuuuuuu..5 hari jugak la..no call..no msg..=(..then semalam kita jumpeeeeeeeee...sonoknya..even keadaan diri aku yang agak tidak mengizinkan,maklumlah sekarang musim demam..dan aku antara mangsa2 yang telah terlibat dengan demam..huk3..tapi demi bertemu si 'ADAM'..kurelakan jua..walaupun sekejap...aku ingat kata2 dia..''hargai masa yang kita ada bersama walaupun sesaat'..ok sayang..sy ingat...i know it..!!


okey2 cukupp..masa dah time..huargggghhh..ngantukkkk..takde pun call...hermmmm..its okeyyy..think positif oke..die bzzzzz..okey lets tidoooooo..krooohhhhhhhh
byheart,
lagenda yg unik

Monday 4 July 2011

3/7/2011

5/7/2011 @ 9:35 am
mood : suam2
                                                                        


3/7/2011 menjadi catatan sejarah dalam hidup aku sebagai gadis yang sememangnya menantikan kehadiran sang pencinta menyunting..ibarat bunga menanti sang kumbang idaman...1 kejutan paling besar yang pernah aku terima dan tak pernah terlintas dalam fikiran akan dikejutkan dengan peristiwa 3/7/2011..

walau sukar untuk mempercayainya...aku tetap yakin mungkin telah tiba masanya....bagi kawan2 aku yang mendengar cerita kejutan ini...pastinya sama-sama menitiskan air mata syukur dan kegembiraan kerana berkongsi 1 rasa yang pernah kami ingin rasakan bersama....saat menceritakan apa yang telah terjadi air mata ini tidak pernah berhenti menceritakan detik-detik bahagia yang bakal menjelma.

ketika dan saat itu hanya Allah pendamping setia yang memahami gelora hati dan perasaan aku ketika itu... perasaan yang ada ketika ini tiada bandingnya dengan perasaan-perasaan lain yang pernah aku ada sebelum ini...ingin aku jerit kepada dunia..."dia milik aku"!!!!!!!!!!

tetapi kenyataan lain juga harus aku terima...kebahagiaan yang baru rasai tidak terhenti hanya disitu...belum pun bermula fasa pertama dalam sebuah ikatan...dugaan kecil hadir bagaikan menghiris sedikit demi sedikit perasaan yang istimewa yang baru berputik....mungkin benar kata sahabat sekaum dengan ku....inilah dugaan pertama sebelum mencapai fasa pertama....bukan aku tidak meredhainya..sebagai manusia biasa yang tak pernah ada kesempurnaan, rasa terkilan sedikit tercalit....persoalannya...kenapa??????
 
hanya secebis doaku harapkan kepada penentu takdir Ya Allah....biarlah jodoh ini ada...dan panjangkanlah jodoh ini...andai tiada terima lah dengan redhanya....kerana jodoh itu rahsia Allah....


by heart,
lagenda yg unik

Saturday 25 June 2011

berikan aku masa

25/6/2011 @ 11:49pm

tak tau apa yang nak diconteng untuk entry kali ni..huh!!macam lah ade followers..:p
takpelah suka hati la kan..sendiri yang nak berimaginasi..huhuhu

berikan aku masa~ sesuai tak dengan tajuk entry kali ni???
berikan aku masa untuk menconteng lebih banyak ayat2 atau cerita mengarut dalam ni...hihihi
berikan aku masa untuk reka apa lagi yang perlu diletakkan dalam entry bagi lagi cantik...hoho
berikan aku masa untuk belajar mengenai blog yang best macam org lain...ngehngehngeh
berikan aku masa untuk aku jadikan blog ni paling ramai followers sehingga mencecah 1 juta..boleh ke??miahahaha


berikan aku masa~
berikan aku masa untuk terbiasa dengan perubahan ini...~ =(
berikan aku masa untuk melatih hati dan fikiranku agar tidak selalu merindu..
berikan aku masa untuk melawan segala kehendak persaan...


okey itu jek..entah macam bosan mengarut kali...bye2..

by heart,
lagenda yang unik~

Saturday 18 June 2011

owhhh...dunia ini penuh kepalsuan..!!

18/6/2011 @ 10.37pm
mood : unexpected....!!

rasa terhina..........

inilah perasaan diketika ini untuk seketika dahulu yang pernah ada..........

kenapa perlu diubah apa yang telah terjadi...
kenapa perlu berpaling sedangkan mata sudah menjeling...
kenapa perlu bersembunyi sedangkan bayang telah kelihatan....
kenapa perlu dilepaskan sedangkan masih dalam genggaman.....
kenapa perlu tiada sedangkan sentiasa ada.....

andai masa dapat diundur...ke kancah ini tiada sesekali aku dekati...perlukan lebih kekuatan dan masa untuk buang segala yang berbentuk KEPALSUAN..!!!!!


by heart,
lagenda yg unik~

Thursday 16 June 2011

Barakallahulakuma...........

16/6/2011 @ 8.43pm
atas katil
mood : tiada yang berbeza



kalau sudah jodoh~
Alhamdulillah.....bahagianya bila jodoh memang betul menyelebelahi kita dan pasangan yang sudah lama bersama membina impian untuk bersatu dalam ikatan pernikahan......lebih bahagia lagi bila ikatan yang dibina diberkati Allah dan mendapat restu dari kedua2 belah keluarga..=)

maghrib tadi sorang lagi sahabat baik aku....menyatakan hasratnya yang telah bersedia untuk menamatkan zaman anak dara @ zaman bujang...(wah bahagianya aku dengar)..akhirnya dia dan pasangan akan bersatu jugak.. dia ajak aku sama-sama temankan dia amek khusus kahwin dalam masa terdekat ni...... tersentap jugak aku......huhuhu......rasa sayu pulak.....takkan lah aku nak amek khusus kahwin tu sedangkan aku pun belum ada tanda-tanda nak tamatkan apa-apa zaman yang ada dalam hidup aku sekarang..... bukan tak boleh amek tapi rasa macam lain pulak.....=(


takpelah mungkin belum tiba untuk aku ke arah tu......bukan taknak.....sape taknak kahwin????orang gila pun tahu perasaan nak kawen.......sapelah aku yang semudah tu nak melahirkan hasrat hati nak kawen..... aku bukan SITI KHADIJAH wanita hebat yang boleh meminang RASULULLAH.......ditambah pulak dengan keadaan aku sekarang yang terkontang kanting mencari arah hidup sendiri........diri sendiri pun belum sempurna lagi untuk menjadi yang sempurna kepada orang lain........


cuma...bila sesekali duduk sorang-sorang tu...........otak jahat nak jugak pikir yang tak masuk akal.....(bilalah dia nak jadikan aku suri original dalam hati dan hidupnya)......winkk..winkkk..winkkk...huh...!!!!! dalam keadaan macam ni......aku hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa memberkati hubungan yang telah dibina selama 4 tahun ini......semoga dipermudahkan segala perjalanan yang bakal disusuri untuk melangkah ke hadapan.........semoga ada jodoh dan dipanjangkan dengan limpahan kasih sayang hingga ke syurga.........


huh.....berangannnn lah...!!!!sebenarnya nak cite pasal sahabat aku yang dah nak kawen tu...aku pulak yang overdose....!!!!!okelah pape pun didoakan agar WAN WAZIRANI dan pasangan nya akan bahagia dilimpahi rezeki dan anak-anak yang soleh hingga ke syurga~.......tahniahhhh..!!!


by heart,
lagenda yg unik~

Tuesday 14 June 2011

sabarlah duhai hati

15/6/2011 @ 1.26pm
lepak king atas katil...
mood : tiada apa yang berubah

SABAR~

untuk hari yang telah berlalu..hari ini dan hari-hari seterusnya..=)

byheart,
lagenda yang unik~

Monday 13 June 2011

rindu dendam...!!

13/6/2011 @ 8.36pm
atas katil serabot
mood : dalam hati ada taman..=)

atlast hari yang ditunggu telah tiba....cewahhhh.....gedik santaiii.....yihaaaa......hari ni dapat la kuar jumpa dengan cinta hati..even masing2 pun maybe still in mood "sabtu" yg dah lepas2 tu.....tapi tolak ketepi "sabtu" itu..apa yang aku tau hari ni mesti kena melepaskan rindu dendam yang dah berserabot ni.....(tak bleh blah ayat)......hohoho..

tapi macam pelik jek hari ni..entah macam.....ermmm.....entah tak tau......hishhhh......plz juz far away from negative thinking oke.....!!!......oke..=(..tapi..

takpelah asalkan dapat jumpa.......even rasa macam dia nak cepat jek........macam ada yang menanti lagi best......yesss!!!!....i know......his already had both of  mr.jenny n mrs. pig.....(bukan nama sebenar kot)......so sekarang kitorang berkongsi kasih sayang..patutlah asyik takde masa dengan aku......rupanya dah ada "mereka" tu.....its oke.....pergilah.....jeles mehhh......huh......!!!!

oke2..malas nak layan perasaan..wat ever.......!!!special thanx dior 4 today.....i luv u......ngeeee






 by heart,

lagenda yg unik~

Sunday 12 June 2011

langit ILAHI

12/6/2011 @ 12.05pm
atas katil yang serabot..huh..!!!
mood : biasa-biasa

tertarik aku dengan artikal dalam langit Ilahi bertajuk "kadang-kadang susah orang nak memahami kita"...bukan niat aku sengaja nak copy n paste letak dalam entry kali ini....tapi mana kalau2 ada followers aku yang belum baca artikal ni..aku cuma berkongsi...mari sini kita baca sama-sama...

Kehidupan dan dugaan itu hakikatnya adalah kembar. Dilahirkan bersama dan takkan terpisah melainkan dengan kematian semata-mata.
Dan antara dugaan yang sentiasa mengiringi manusia, adalah dugaan berhubungan sesama manusia. Jangan kecilkan skop ini kepada pasangan lelaki perempuan. Hal ini boleh juga terjadi bersama rakan-rakan dan mereka yang punya tali persaudaraan. Tidak terkecuali ayah dan anak, guru dan pelajar, boss dan pekerja dan sebagainya. Manusia dengan manusia, itu kesimpulannya.
Antara yang menjamin hubungan yang baik, adalah kefahaman antara satu sama lain.
Tetapi biasanya yang menimbulkan kerosakan dalam perhubungan, adalah keengganan diri untuk memahami dan mendalami orang lain.


Anani diri
Ananiah adalah sikap ke’aku’an.
Ini adalah punca kepada permasalahan dalam perhubungan. Apabila ‘aku’ menjadi maudu’ utama, dan kita tidak mahu memasukkan ‘dia’ atau ‘mereka’ dalam perkiraan kita, maka hubungan itu akan retak.
Namun kebanyakan orang tidak akan mahu mengakui akan wujudnya sikap ke’aku’an ini di dalam diri. Kerana bersama sikap ke’aku’an ini, wujud kembarnya juga yang bernama ‘ego’ diri.
Dan manusia yang mempunyai ke’ego’an ini, memang tidak akan memahami.
Boleh dikatakan, mereka ini adalah “unreasonable person, but demand people to be reasonable to them.”
Mereka akan rasa bahawa mereka tidak silap. Mereka tidak akan meneliti pandangan dan cadangan. Mereka tidak akan merendahkan diri untuk mendalami dan memahami. Usaha mereka yang sikit dirasakan tinggi. Mereka akan sering menyalahkan orang lain, dan berlagak seakan-akan dirinya menjadi mangsa, sering dizalimi yang lain semua.
Ya. Dan orang-orang ini, memang tidak akan memahami.

Berhadapan dengan mereka 1
Jangan cuba dicairkan sikap mereka dengan hujah dan pembentangan kebenaran. Kerana mereka akan menafikan sahaja. Walaupun hujah mereka sendiri adalah dangkal. Kita akan melihat nanti apabila hujah-hujah mereka tidak relevan dan tidak boleh diterima pakai, mereka akan beraksi seperti mangsa keadaan. Mereka akan menunjukkan seakan-akan mereka itulah yang ditekan-tekan. Lebih buruk lagi, biasanya manusia yang lain akan terpengaruh dengan perkara ini. Kasihan kononnya.
Maka jadilah kebenaran itu yang batil, manakala kebatilan itulah kebenaran.
Dan manusia-manusia yang memegang kebenaran itu akan rasa sakit, kerana tidak adilnya insan dalam menilai.
Ya. Itulah realiti.
Sebab itu, nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk dicairkan sikap mereka itu, dengan hujah dan pembentangan kebenaran. Kerana mereka hanya kaum yang tidak akan memahami.

Berhadapan dengan mereka 2
Biarkan. Dan bersabarlah.
“Ha? Takkan itu sahaja solusinya?”
Ya. Itu sahaja solusinya. Pernahkah anda melihat Rasulullah SAW memperpanjangkan perdebatan dengan Abu Jahal?
Tidak. Kerana Abu Jahal bukanlah orang yang tidak mengerti sebenarnya. Tetapi dia hanyalah seorang yang degil untuk mengerti dan mengakui kebenaran. Dia adalah yang terlalu ‘ego’ untuk mengakui kesilapan dan kerendahan. Maka apakah gunanya segala dalil dan petunjuk? Kalau dibentang pun hanya akan memanjangkan perdebatan, dan tidak akan memberikan manfaat.
Kita lihat sendiri bagaimana mereka meminta ditunjukkan terhadap mereka mukjizat. Dan mereka berjanji bahawa selepas mukjizat itu mereka akan beriman. Tetapi lihatlah sikap mereka selepas dipertunjukkan mukjizat:
“Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).” Surah Al-Qamar ayat 1-3.
Bila ditunjuk, mereka mengatakan pula itu adalah sihir. Lihat.
Begitulah juga samanya dengan manusia yang tidak mahu memahami tadi. Sekiranya kita berusaha untuk memahamkan mereka, mereka hanya akan menuduh kita memaksa, kita pula nanti akan dituduh sebagai yang ego, yang keras kepala, yang tidak ambil kira hati orang lain dan sebagainya.

Maka beraksilah sebagaimana aksi orang yang beriman
Allah SWT sendiri telah menjelaskan bagaimana hendak berurusan dengan mereka ini.
Allah SWT berfirman:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. (tidak memperpanjangkan pergaduhan dan perdebatan).” Surah Al-Furqan ayat 63.
Biarkan mereka. Kalau tidak mampu bersama mereka, tinggalkan mereka. Takut bersama mereka hanya menambah keburukan dan keegoan mereka. Takut kita pula terjerumus dalam lembah yang hina kerana bersengketa dengan mereka. Jika mampu kekal bersama mereka, teruslah berbuat baik dengan mereka.

Penutup: Bertenanglah. Dunia ini sukar kerana adanya syurga.
Dunia ini sukar. Kerana wujudnya syurga.
Ya. Percayalah yang itu.
Bersabarlah.
Allah jugalah sebaik-baik hakim dan wali(penjaga) buat kita.
“…dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Surah Ali-Imran ayat 173.
Kebenaran itu, satu hari nanti akan terjelas juga. Sungguh Allah jugalah sebaik-baik pemisah antara haq dan batil.
“Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” Surah Al-A’raff ayat 89.
Harinya akan tiba.
Kalau bukan di dunia saat manusia itu boleh kembali semula kepada kebenaran apabila menyedarinya. Pasti di akhirat sana, saat manusia terbelalak melihat kebenaran yang dinafikannya.
Yang leka dengan keegoan mereka akan bersusah payah di neraka Allah SWT.
Yang bersusah payah hidup dengan baik di atas muka bumi ini akan bersenang lenang di syurgaNya. Itu yang kita imani, itu yang amat amat amat kita percayai.

ehsan : langit ilahi.com

byheart,
lagenda yg unik~

Saturday 11 June 2011

really enjoy wif my sweety..!!!!

1.02am@11/6/2011
atas kerusi meja tulis
mood : biasa2 aje..=)

dah lama rasanya aku tak hangout..selalu kalau weekend jek mesti ada plan pergi mana2..tapi sejak 2 minggu kebelakangan ni..masa weekend banyak diabiskan dirumah..kalau weekdays lagila,..mmg 24jam duk rumah..

gila bosan..!!!arghhh..bangun pg2 terus capai note book..mak jerit.."makanla dulu"..bukan tak dengar tapi responnya.."jap2.."..sampai ke sudah memang aku tak sentuh langsung makanan untuk pagi ni...

mula mencari idea kemana hidup harus dituju minggu ni..ingat weekend ni nak ajak "dia" keluar..tapi kecewa sikit macam minggu2 sebelum ni..sebab "dia" busy dengan kerja..its oke..aku kena paham..takpe netxweek masih ada..tapi mungki dah takde rezeki nak keluar dengan dalam 3 minggu ni..minggu ni dia takde pulak..hantar anak2 buah dia balik KL..takpela..kita hold dulu..ada jodoh..ada rezeki pasti kita akan jumpa jugak..(penyejuk hati)..maklumlah selalu paling lama pun 2 minggu jek tak keluar..tapi kali ni masa diambil begitu lama..maybe disebabkan peristiwa sabtu lepas menyebabkan dia lagi kurang selesa nak ajak aku keluar..=(..silap yang aku sendiri buat..>.<

okey takpe..kita nak cite pasal minggu ni..tak kira pa nak jadi..jadilah hari ni aku akan pastikan dapat jugak hangout..tapi tengik jam dah pukul 12pm..lambat2 kuar kang..lambat lak balik umah..takpelah dapat tengok bumbung JJ pun dah kira oke..sob..sob..

yeay...!!plan menjadi ayah bagi keluar..TQ ayah..luv u lah..!!aku,wan n nim..3 orang jek yang free masa tu..dengan berbekalkan duit RM30 aku gagahkan jugak..dapat wibndow shopping pun kira oke la kan..hohoho..

kete aku drive menghala ke ipoh prade dulu..dah lama tak menjengah kesana..jalan2 pusing satu pakson..then keluar blk..sebab masa tu jam dah pukul 2.30pm..sembayang zohor pun belum..perut dah berbunyi macam2 irama..

destinasi seterusnya ke JJ..yeayyyy..seronok..2ronok..3ronok..entahlah dalam banyak2 shpping kompleks yang ada dekat ipoh..JJ paling menarik perhatian aku..hihihi..settle solat..ape lagi laju kaki melangkah ke MCD..dalam duit tak berapa nak ada..MCD jugak menjadi pilihan..setle makan ronda2 jap..then balik..sampai umah pukul 6.30pm...

even tak lama hangout dengan korang2 yang best gila ni..tapi memang hari paling best..macam pertama kali tengok dunia..yihaaaaaaa...


okey dah nak tido..tadaa....
nite..
assalammualaikum...

byheart,
lagenda yang unik~

Thursday 9 June 2011

Allah tahu apa yang terbaik..

10/6/2011
belum sempat letak handbag..capat notebook then..jaripenaku menari..
mood : tawakal..

aku dapat panggilan daripada AADK Ipoh untuk isi semula permohonan jawatan sebagai PEGAWAI KES yang pernah aku isi sebelum ini..kata pihak AADK nama aku tersenarai pendek untuk calon jawatan yang disediakan.. syukur alhamdulillah walaupun belum pasti jawatan tersebut hak milik aku..namun sedikit sebanyak cahaya rezeki dah nampak..aku hanya berdoa dan tawakal semoga rezeki Allah kali ini milik aku dan rezeki ini semestinya khas buat mak dan ayah aku...

pihak AADK memberi aku tempoh beberapa bulan untuk respond permohonan aku sama ada berjaya atau tidak..

doakan semoga rezeki Allah kali ini milik aku ye..aminnnn..

ya Allah bukakan pintu rezeki buat hambaMU..kupercaya andai ini rezekiku sesungguhnya Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMU


byheart,
lagenda yang unik~

PELANGI SELEPAS HUJAN

9/6/2011
dikerusi meja tulis
mood : beristiqamah lah dalam perjuangan


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

benarlah seperti yang sering diperkatakan..
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

ihsan dari : LUVISLAM 

byheart,
lagenda yg unik

kita ada jalan sendiri...

9/6/2011
diatas katil yang empuk..
mood : masih teringat..

semalam..seharian mengabiskan masa berborak bersama "ann" bukan nama sebenar..diantara pendengar setia setiap keluhan dan kekesalan yang bersarang dihati dan fikiranku..

"ann" banyak menasihatkan aku dengan mengingat kembali setiap yang berlaku adalah ketentuan Tuhan..bukan niat untuk aku menceritakan segala yang bersemak dalam hati dan fikiran..tapi mungkin "ann" sangat memahami hati dan jiwa aku..dia dapat baca yang aku alami ketika itu yang masih diselaputi rasa kesal yang tak sudah...bukan kesal jalan yang dipilih tetapi kesal aku yang mencipta jalan yang menghempaskan aku ke dada api...

aku cuba ketawa seperti selalu..seperti tiada apa yang berlaku..seperti aku aku akan bahagia selamanya..namun aku tewas dengan air mata yang tumpah..saat soalan pertama dari "ann"..

"jangan sorokla...ingat aku buta.."

saat itulah aku rasa hampir seluruh air mata jatuh dan itu adalah air mata yang terakhir yang akan aku keluarkan..

"aku sayang dia "ann".."
"jangan paksa diri ko benci dia,..jangan paksa diri ko lupakan dia.."
"aku kena lupakan dia..aku kena benci dia..dengan cara ni je dia boleh bebas dan cari bahagia dia sendiri"
"ko kena kuat..jangan sebab ni ko nak mengalah bila belum tiba masanya..dulu ko kuat..aku kenal ko..kita pernah sama berdiri tanpa cinta sedangkan yang lain bahagia mengejar cinta..tapi bila kita terima cinta manusia..kenapa kita perlu jatuh kerana sebuah cinta yang dulu lagi kita cuba elakkan.."
''aku tak sekuat ko "ann"..aku selemah2nya manusia..aku cuba buat yang terbaik..tapi aku tak nampak dimata dia aku yang terbaik buat dia..bila aku tunjukkan perasaan aku yang sebenar tentang cemburu..aku dituduh mengawal setiap perkenalan dia dengan kawan-kawan dia..sedang itu lah persaan yang sebenarnya yang aku rasa..bila aku cuba luahkan rasa rindu aku..aku tak disambut macam mana aku sambut rindu dia..mana silapnya aku "ann"???buruk sangat ke aku dimata dan hati dia????...macam mana aku nak lari dari semua ni???>>"
"ko tak payah nak lari2..ko sembahyang dan mintak pertolongan Allah..kalau itu yang terbaik..Allah akan makbulkan..percayalah.."
"aku dah cuba buat "ann"..tapi makin lama,makin kuat perasaan aku pada dia..makin kuat aku cari dia.."
"sabarlah..mungkin Allah uji ko..dengan ujian macam ni..aku taknak tengok ko macam ni..plzzzz.."
"bagi aku masa untuk bina kekuatan...aku cuma takut bila aku mula pasrah..aku takkan dapat kembalikan apa2 "ann"..ko tau aku macam mana...
"ye aku kenal ko..sebab tu aku nak ko kuat..plzz la..cuba lah pertahankan selagi mampu"
"aku akan kuat selagi Allah beri kekuatan ni..aku akan pertahankan selagi mampu aku pertahankan..aku akan simpan rasa ini selagi Tuhan tak tarik rasa ini...thanx "ann"..

"ann" mengingatkan aku 4 tahun membina impian belum tentu dapat mencapai harapan..belum pasti keyakinan dirai..dan belum pasti..penilaian boleh dibuat melalui kefahaman..

terasa bersalah bila ungkapan yang sangat keramat..."tak cukup ke???"..kenapa letih ke dia dengan 4 tahun ini???"dulu dia bukan seperti sekarang..dia ada dunianya sendiri..aku yang membina dunia dia menjadi seperti ini.."..bersalahnya aku bila bersama aku dia tak pernah jadi diri sendiri..bersalahnya aku bila aku yang membuatkan dirinya tak seperti dirinya sendiri..mungkin dia perlukan jalannya sendiri..silakan..pergilah..berjalanlah dengan jalan sendiri..aku memilih untuk tidak lagi menjadi yang dipilih~


byheart,
lagenda yg unik~

Wednesday 8 June 2011

pasrah....^_^

8/6/2011
sandarkan pada kenangan..eh silap..bersandar di kerusi empuk..
mood : apa2 pun boleh


sembang2 dengan mak..tertarik dengan perkataan yang mak cuba sampaikan.."takpela nak buat macam mana..hati manusia tak sama..doakan jela terbaik buat dia.."...

sory mak...harapan macam tinggal impian...=(

Friday 3 June 2011

ada penggantimu...!!!

3/6/2011
santai atas katil..seronokk..2ronokkk..3ronokkk..
mood : im going to be a gud personnn..yeahhhh


sedihhh sangat bila blog lama dah kena hack!!!hishhhh kalau la aku tau sape yg hack..meh sini aku hack blk ko!!!nak follow2 jelah takpayah nak hack blog orang..hari ni terpaksa renew blog aku..no more lagenda yang unik...tapi still dengan the legend of unique..ngeeee..masih unik lah!!!

takpelah biarkan yang lama menjadi kenangan.."kita cari yang baru"..tadaaaaaaa..welcome to mynew blog..nak follow2..taknak udah..tak heran la!!!!

oke da...

assalammualaikum..wachaaaaaa