hanyamenulis

hanyamenulis
hanyamenulis

Sunday 8 April 2012

mengharapkan pelangi muncul jua~

8/4/2012 @ 4.23pm
di meja makan
mood : takde mood

lately aku sering termenung dan memikirkan hari-hari yang bakal mendatang..mampukah aku menghadapi sendiri atau terus mengharapkan ada bahu yang bakal sudi meminjam saat kepala tidak mampu lagi mendongak sendiri..namun aku perlu memujuk hati agak sentiasa mengingatiNya kerana hanya Dia yang ada dan terlalu sudi untuk bersama tatkala senang mahu pun susah...


hampir 8 bulan aku bergelar tunangan orang..namun 8 bulan itu jugak tak pernah putus aku diduga..diduga..dan terus diduga..aku tekadkan hati, positifkan minda..dugaan yang datang tanda Allah sayangkan aku..namun sebagai manusia yang tidak pernah lari dari rasa negatif, aku bukanlah kuat untuk menjadi untuk memujuk hati sendiri supaya SABAR sentiasa menjadi sahabat karib...


Dugaan yang datang kadang-kadang mematangkan aku dan kadang-kadang membuatkan aku nampak lemah dan kosong dimata-mata orang yang terlalu penting dalam diari kehidupanku..bagaimana untuk aku melawan segala perasaan yang menebal dalam hati tatkala melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain hampir mendapat kesempurnaan dalam hidup mereka..sedangkan aku masih merangkak mencari identiti sendiri..



kerjaya yang sepatutnya dalam genggaman terpaksa dilepaskan kerana kealpaan manusia yang sengaja sedaya upaya mencari kunci untuk membuka mengambil peluang aku..mungkin benar itu adalah takdir buat aku..bukan rezeki aku..tapi adilkah aku diperlakukan begitu???tidakkah mereka tahu pentingnya kerjaya itu untuk aku meneruskan diari kehidupan yang semakin menebal..kerjaya itulah salah satunya titik permulaan untuk aku mencari kelengkapan dalam menyempurnakan setiap helaian diari hidupku yang semakin lama semakin banyak helaiannya...


perancangan yang aku cuba untuk rancangankan terkubur begitu sahaja kerana takdir tidak menyebelahi aku..aku yang sepatutnya meringankan bebanan emak dan ayah..mati disitu oleh kejamnya sikap manusia yang sewenang-wenangnya menyekatkan peluang aku..ye..!!!kententuan Tuhan tiada siapa yang tahu..tapi jika manusia tidak leke dan tiada kepentingan sendiri..ketentuan Tuhan itu pasti menjadi lebih baik...


kini hanya mampu menanti dan terus menanti..untuk terus mengharapkan keajaiban, terlalu penat untuk ditafsirkan..biarlah masa dan takdir yang tentukan segalanya..impian dan harapan semakin jauh diufuk mentari..hanya semangat yang diperlukan agar impian itu tidak terkubur mati layu ditelan hari-hari sepi..



"segala kata cacian yang telah engkau berikan membuat ku rasa kosong-kosong..."

byheart,
lagenda yg unik

Saturday 3 March 2012

kita yang ke 4 tahun~

3/3/2012 @ 8.04 pm
bersandar dikerusi empuk milik ayah
mood : swing3

HEPY OUR ANNIVERSARY....!!!!
Actually hari ini (3/3/2012) hari yang terlalu bermakna bagi aku (mungkin hanya aku)..seperti hari sebelum ni pada tarikh ini akan ada sambutan diluar jangkaan.sama ada aku yang mulakan atau dia..tapi hari ini..seperti hambar..mungkin tarikh ini hanya bermakna pada 3 tahun yang lepas..tidak pada kali ini..selepas kami diikat dengan pertunangan hampir 7 bulan..

itu tidak menjadi masalah bagi aku..kerana sayang dan cinta ini tiada sebab untuk mengambil kisah tentang ulangtahun kali ini tidak disambut seperti pasangan lain sambut..cukuplah sekadar ucapan dan diiringi doa agar ikatan yang terbina untuk tahun yang ke 5 ini agar terus mekar dan kekal dengan kasih sayang yang ikhlas serta diiringi keberkatan Allah dan restu ibubapa..itu sudah memadai bagi aku..

namun jauh disudut hati kecil aku..inginkan yang dulu..dimana dulu yang sering menjadi ingatan setiap tarikh yang memberi makna pada kisah ini..untuk memberi yang terbaik..aku turutkan apa yang terbaik baginya..


malas nak merepek dah cukupla..selamat ulangtahun kita yang 4 sayang..i love so much n more..!!!!
*jom la kawen cepat..!!!!!



by heart,
honey

Friday 27 January 2012

hepy besday sayang...20/1/2012

27/1/2012 @ 10:56 pm
atas katil

Tanggal 20/1/2012 aku sendiri tidak menyangka tarikh yang sepatutnya menjadi tarikh yang akan dikenang hingga akhir hayat untuk insan tercinta...menjadi satu tarikh paling ngeri dalam hidup aku..plan yang aku harapkan dapat menjadi kenangan terindah untuk sidia hancur sepantas kilat kerana kekhilafan yang aku ciptakan sendiri..

Malam yang sepatutnya diucap dari hati melalui bibir terhenti dengan tiba-tiba hanya kerana sikap aku yang masih seperti dulu..tidak mahu menjadi yang terakhir..hanya dia dihati..hanya dia untuk aku..bukan untuk orang lain...dan kerana sikap terlalu buruk aku itu juga tarikh yang menjadi tarikh istimewa buat tunang tersayang menjadi tarikh yang sangat jijik buat dinya...

Maafkan aku kerana kealphaan itu..maafkan aku kerana terlalu mengikut kata hati hingga mengorbankan segalanya milik mu pada hari itu..

Dan aku terima akibat dan redha pada tarikh ini juga..masih terngiang ditelingaky "keluar..!!!!!..aku dihalau keluar dari keretanya..aku tidak sesekali menyalahkan nya..mungkin bila aku berada ditempatnya lebih dari itu aku lakukan..dan dia sendiri tahu tentang buruknya perangai aku bila terlalu marah..

Cuma kata-kata terakhir itu yang membuatkan aku mula sedar "dah buat tanggung sendiri"..masih terngiang2 ditelingaku..

aku terima ia sebagai dugaan aku dalam tempoh pertunangan ini..bagi mendewasakan aku..

izinkan aku untuk mengucapkan..selamat ulangtahun kelahiran buat abang..semoga abang sentiasa dibawah rahmat dab berkat Allah..semoga abang dapat apa yang abang impikan...

i luv u..

by heart,
lagenda yg unik

Tuesday 3 January 2012

jangan layan aku begitu~

3/1/2012 @ 4.30pm
dekat ofis lagi
mood : LETIHHHHHHHHHHHHH...

Tiada lagi layanan yang pernah diberi dulu.
Tiada lagi layanan yang aku terima dulu.
Tiada lagi layanan exclusif yang pernah aku dapat dlu.
Tiada lagi layanan itu.
Jangan layan aku sebegitu.

no word.
i need u 2 know.
''susah lelaki lain nak curi hati aku"
"sangat susah lelaki lain nak dapat hati aku"
"tak pernah ada lelaki lain yang berjaya buka hati aku''
''MELAINKAN KAU''

tolong jangan layan aku begitu~

by heart,
lagenda yg unik~

new year...letih sudahhhhhhh

3/1/2012 @ 2.50pm
bersandar membuai2 kerusi dalam bilik yg sejokkkkkkkkkkk

HEPY NEW YEAR to everybody home sweet home alone...lalalalala..
rasanya aku kot manusia paling lewat wish hepy new year..maklumlah..malam tahun baru aku atas katil yang empokkkk..woww..besttt sambil layan lagu chipsmunk "only you"..ringtone yg aku jadikan khas untuk si cinta hati..bila dia call automatik lagi ''only you'' kedengaran...memanglah kan dah setting lagu untuk dia..ape daaaaaaa..

oke2 tak rasa nak bercerita secara detail tentang specialnya lagu tu..sebab aku je yang tahu..orang lain takkan tahu n tak pernah tahu...heh..!!!

malam tahun baru yang sepatutnya disambut dengan bacaan yasin telah aku laksanakan bersama emak tercinta..(itu pun lepas berkali2 mak panggil) duk sedap layan masterchef..."ati mehla baca yasin dengan mak..malam tahun baru ni..kang tengokla balik tv tu"..."okeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"...rela dalam tepaksa..huh berdosanya aku..tapi atlast rasa macam tenang..kena penangan yasin...

settle bab tahun baru...jom masuk bab emosi jap..ngehehehehehe...=.=
sangat tragis dan menyedihkan...ingatkan malam tahun baru dapatlah sesuatu yang baru...cewahhhhhhhhhh..tapi memang benda ni terlalu 'baru'...huk3..sukar untuk ditafsir..malah lagi sukar untuk diperkatakan..cukuplah hanya aku yang merasainya..wekkkkk

oke..nak out dulu..klien aku dah berderet tunggun untuk kaunseling kelompok..tadaaaaaaaaaaa...


by heart,
lagenda yang unik