hanyamenulis

hanyamenulis
hanyamenulis

Sunday 8 April 2012

mengharapkan pelangi muncul jua~

8/4/2012 @ 4.23pm
di meja makan
mood : takde mood

lately aku sering termenung dan memikirkan hari-hari yang bakal mendatang..mampukah aku menghadapi sendiri atau terus mengharapkan ada bahu yang bakal sudi meminjam saat kepala tidak mampu lagi mendongak sendiri..namun aku perlu memujuk hati agak sentiasa mengingatiNya kerana hanya Dia yang ada dan terlalu sudi untuk bersama tatkala senang mahu pun susah...


hampir 8 bulan aku bergelar tunangan orang..namun 8 bulan itu jugak tak pernah putus aku diduga..diduga..dan terus diduga..aku tekadkan hati, positifkan minda..dugaan yang datang tanda Allah sayangkan aku..namun sebagai manusia yang tidak pernah lari dari rasa negatif, aku bukanlah kuat untuk menjadi untuk memujuk hati sendiri supaya SABAR sentiasa menjadi sahabat karib...


Dugaan yang datang kadang-kadang mematangkan aku dan kadang-kadang membuatkan aku nampak lemah dan kosong dimata-mata orang yang terlalu penting dalam diari kehidupanku..bagaimana untuk aku melawan segala perasaan yang menebal dalam hati tatkala melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain hampir mendapat kesempurnaan dalam hidup mereka..sedangkan aku masih merangkak mencari identiti sendiri..



kerjaya yang sepatutnya dalam genggaman terpaksa dilepaskan kerana kealpaan manusia yang sengaja sedaya upaya mencari kunci untuk membuka mengambil peluang aku..mungkin benar itu adalah takdir buat aku..bukan rezeki aku..tapi adilkah aku diperlakukan begitu???tidakkah mereka tahu pentingnya kerjaya itu untuk aku meneruskan diari kehidupan yang semakin menebal..kerjaya itulah salah satunya titik permulaan untuk aku mencari kelengkapan dalam menyempurnakan setiap helaian diari hidupku yang semakin lama semakin banyak helaiannya...


perancangan yang aku cuba untuk rancangankan terkubur begitu sahaja kerana takdir tidak menyebelahi aku..aku yang sepatutnya meringankan bebanan emak dan ayah..mati disitu oleh kejamnya sikap manusia yang sewenang-wenangnya menyekatkan peluang aku..ye..!!!kententuan Tuhan tiada siapa yang tahu..tapi jika manusia tidak leke dan tiada kepentingan sendiri..ketentuan Tuhan itu pasti menjadi lebih baik...


kini hanya mampu menanti dan terus menanti..untuk terus mengharapkan keajaiban, terlalu penat untuk ditafsirkan..biarlah masa dan takdir yang tentukan segalanya..impian dan harapan semakin jauh diufuk mentari..hanya semangat yang diperlukan agar impian itu tidak terkubur mati layu ditelan hari-hari sepi..



"segala kata cacian yang telah engkau berikan membuat ku rasa kosong-kosong..."

byheart,
lagenda yg unik

No comments:

Post a Comment